Kami Syarikat No pendaftaran Perniagaan AS 0274020-X, SMART GOAL ENT, merupakan syarikat berdaftar menawarkan perkhidmatan jualan online barangan terpilih dan terbaik dengan harga hebat. Terima kasih atas kunjungan anda, kami sedia memberikan khidmat terbaik untuk kepuasan pelanggan. . Terima kasih
Kebaikan makanan organik:
- Buah-buahan dan sayur-sayuran organik dapat meningkatkan metabolisma tubuh kerana tidak mengandungi bahan kimia racun serangga.
- Mendapat manfaat antibiotik secara menyeluruh serta membantu pertumbuhan hormon.
- Mengurangkan kemungkinan mengambil zat beracun daripada makanan yang menyebabkan punca kepada masalah kesihatan seperti kanser dan peningkatan berat badan.
- Diet makanan organik secara rutin mengurangkan paras xenoestrogens dalam tubuh dan penurunan hormon estrogen. Dengan beralih kepada makanan organik, ia menjadi cara terbaik mengembalikan keseimbangan hormon sekalipun masalah kesihatan berkaitan hormon.
- Pilih sayur-sayuran, buah-buahan atau daging segar yang tidak mengandungi pengawet.
- Untuk memastikan bahan itu adalah organik, periksa label yang jelas.
- Sebelum dimasak, bersihkan sayur atau buah-buahan dengan air mengalir beberapa kali agar terhindar daripada telur ulat.
- Rebus sayuran dengan suhu mencukupi. Suhu yang tinggi dapat mematikan telur atau bakteria yang terdapat pada sayuran.
- Bagi yang ingin mengambil makanan organik tetapi bimbang pada harga yang mahal, anda boleh mula menanam sayur atau buah organik sendiri di rumah misalnya di halaman atau pasu. Jika ingin makan ayam, pilih ayam kampung kerana ayam kampung bebas daripada ubat-ubatan.
Kekurangan Penggunaan Baja Kimia
Ø Baja kimia terutamanya yang diperbuat daripada sumber-sumber yang tidak boleh diperbaharui , termasuk bahan api fosil.
Ø Baja Kimia mempercepatkan hasil pertanian tetapi keburukannya ialah ianya tidak mengekalkan kesuburan tanah dan juga tidak menggalakan kehidupan organisma tanah yang akan membantu penyuburan tanah pada jangka panjang.
Ø Penggunaan jangka panjang baja kimia akan menyebabkan kerosakan kepada tanah.
Ø Baja kimia yang mengandungi nutrient yang sama di gunakan berulang kali akan membahayakan tananamn malah merosakan ekosistem akibat lebihan kimia tertentu.
Ø Baja kimia cenderung untuk Meluluhkan , atau menapis dari tumbuh-tumbuhan, yang memerlukan aplikasi tambahan .
Ø Penggunaan berulang kali boleh menyebabkan pengumpulan toksik bahan kimia seperti arsenik , kadmium, dan uranium dalam tanah. Bahan kimia toksik akhirnya boleh di bawa ke dalam buah-buahan dan sayur-sayuran anda.
Ø Penggunaan jangka panjang baja kimia boleh mengubah pH tanah, mengganggu ekosistem mikrob berfaedah , meningkatkan perosak , dan juga menyumbang kepada pembebasan gas rumah hijau